Setelah sekian lamanya, aku muncul kembali di dunia BLOG ini. Aku akui aku amat sibuk sekali dengan tugasan di pejabat + rutin harian di rumah. Check this out apa yang telah terjadi kat aku sepanjang tempoh itu.
First of all, SALAM RAMADHAN buat muslimin & muslimat sekalian. Alhamdulillah aku telah selamat menunaikan kewajipan hingga ke saat ini (dah puasa yang ke-12 pun) tanpa dugaan2 getir. Cuma ada sehari tu je aku + mak + abah + along tak bangun sahur dek kerana terlalu penat (yeke?). Tuhan Maha Mengetahui. Puasa ni juga aku tak lepaskan peluang untuk belajar memasak. Hahahaha. Umur dah nak masuk 23 tahun tapi masak still terabur lagi. Menu yang dah aku masak untuk santapan aku + family aku + anak angkat orang tua aku + boyfriend aku adalah, jeng jeng jeng. Sambal petai udang galah, Ikan siakap masam manis, Sambal petai ikan bilis, Udang galah lada hitam, Ayam masak kicap, Nasi goreng cina, Telur bungkus & banyak lagilah. Tak tertaip aku. Huhuhuhu. So hari ni aku plan nak masak Sotong goreng tepong, Sayur kailan & Sup bebola ikan. Setakat ni para pengkritik dalam rumah aku tu berpuas hati dengan hidangan aku, sedap katanya (kembang kempis hidung aku dibuatnya). Berani derang komen/kritik, nanti tak ada sapa yang masak baru tau. Cewahhh, ugut pulak.
Oh yer, seiring dengan ketibaan Ramadhan kita juga menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 dengan matlamat 1 MALAYSIA. Dekat sini aku nak komen sikit, bagi akulah 1 MALAYSIA ni dah lama pun dah diadakan/diaplikasikan dari zaman Tun Mahathir lagi. Rakyat sendiri dapat melihat cara pemerintahan/pemikiran Tun. Seorang lagi tokoh yang sering mengamalkan 1 MALAYSIA ini adalah arwah Yasmin Ahmad. Lihat saja semua iklan komersial di kaca tv & filem2 di pawagam atas arahannya, arwah telah menunjukkan sifat 1 MALAYSIA ini di mana semua pelakon layar itu berbilang bangsa & majmuk masyarakatnya. Kesimpulannya konsep 1 MALAYSIA ini bukanlah baru bagi kita, mungkin banyak pembaharuan yang akan digubal dalam konsep ini nanti oleh kepimpinanan PM kita. Walwahhu'alam.
Cuti baru2 ni pun aku banyak habiskan masa aku di rumah. Baju raya or sebarang persiapan raya pun aku tak uruskan lagi. Nanti2 kot. Hehehe. Yang penting sekali aku akan manfaatkan Ramadhan ini dengan sepenuhnya. Buat teman2, SALAM RAMADHAN dari aku. Puasa jangan tak puasa weh~!