September 18, 2009

Salam Lebaran

Pertama syukur ke hadrat Ilahi dengan izinnya aku dapat menyempurnakan ibadat puasa kali ini & berpeluang menyambut lebaran yang tiba ini bersama keluarga, insan tersayang, sanak saudara, rakan taulan & semua-semualah.

Buat Mak Abah Along, adik menyusun sepuluh jari memohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki andai kata adik ada melakukan sebarang kesilapan tanpa disedari atau disengajakan. Adik amat bertuah sekali punyai keluarga yang bahgia macam kita. Moga lebaran ini akan memberi sinar baru buat kita sekeluarga.

Buat insan tersayang, tahun ni kita beraya bersama-sama lagi. Dikesempatan ini bb nak minta ampun kalau bb ada buat salah sepanjang perkenalan kita. Halalkan segala-galanya. M0ga Syawal ni akan mengukuhkan lagi ukhwah perhubungan kita. Amin.

Akhir kata, Salam Lebaran, Maaf Zahir & Batin buat Muslimin & Muslimat sekalian ;)

September 2, 2009

Setelah Sekian Lamanya, Aku Muncul Kembali

Setelah sekian lamanya, aku muncul kembali di dunia BLOG ini. Aku akui aku amat sibuk sekali dengan tugasan di pejabat + rutin harian di rumah. Check this out apa yang telah terjadi kat aku sepanjang tempoh itu.
First of all, SALAM RAMADHAN buat muslimin & muslimat sekalian. Alhamdulillah aku telah selamat menunaikan kewajipan hingga ke saat ini (dah puasa yang ke-12 pun) tanpa dugaan2 getir. Cuma ada sehari tu je aku + mak + abah + along tak bangun sahur dek kerana terlalu penat (yeke?). Tuhan Maha Mengetahui. Puasa ni juga aku tak lepaskan peluang untuk belajar memasak. Hahahaha. Umur dah nak masuk 23 tahun tapi masak still terabur lagi. Menu yang dah aku masak untuk santapan aku + family aku + anak angkat orang tua aku + boyfriend aku adalah, jeng jeng jeng. Sambal petai udang galah, Ikan siakap masam manis, Sambal petai ikan bilis, Udang galah lada hitam, Ayam masak kicap, Nasi goreng cina, Telur bungkus & banyak lagilah. Tak tertaip aku. Huhuhuhu. So hari ni aku plan nak masak Sotong goreng tepong, Sayur kailan & Sup bebola ikan. Setakat ni para pengkritik dalam rumah aku tu berpuas hati dengan hidangan aku, sedap katanya (kembang kempis hidung aku dibuatnya). Berani derang komen/kritik, nanti tak ada sapa yang masak baru tau. Cewahhh, ugut pulak.
Oh yer, seiring dengan ketibaan Ramadhan kita juga menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 dengan matlamat 1 MALAYSIA. Dekat sini aku nak komen sikit, bagi akulah 1 MALAYSIA ni dah lama pun dah diadakan/diaplikasikan dari zaman Tun Mahathir lagi. Rakyat sendiri dapat melihat cara pemerintahan/pemikiran Tun. Seorang lagi tokoh yang sering mengamalkan 1 MALAYSIA ini adalah arwah Yasmin Ahmad. Lihat saja semua iklan komersial di kaca tv & filem2 di pawagam atas arahannya, arwah telah menunjukkan sifat 1 MALAYSIA ini di mana semua pelakon layar itu berbilang bangsa & majmuk masyarakatnya. Kesimpulannya konsep 1 MALAYSIA ini bukanlah baru bagi kita, mungkin banyak pembaharuan yang akan digubal dalam konsep ini nanti oleh kepimpinanan PM kita. Walwahhu'alam.
Cuti baru2 ni pun aku banyak habiskan masa aku di rumah. Baju raya or sebarang persiapan raya pun aku tak uruskan lagi. Nanti2 kot. Hehehe. Yang penting sekali aku akan manfaatkan Ramadhan ini dengan sepenuhnya. Buat teman2, SALAM RAMADHAN dari aku. Puasa jangan tak puasa weh~!