September 18, 2009

Salam Lebaran

Pertama syukur ke hadrat Ilahi dengan izinnya aku dapat menyempurnakan ibadat puasa kali ini & berpeluang menyambut lebaran yang tiba ini bersama keluarga, insan tersayang, sanak saudara, rakan taulan & semua-semualah.

Buat Mak Abah Along, adik menyusun sepuluh jari memohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki andai kata adik ada melakukan sebarang kesilapan tanpa disedari atau disengajakan. Adik amat bertuah sekali punyai keluarga yang bahgia macam kita. Moga lebaran ini akan memberi sinar baru buat kita sekeluarga.

Buat insan tersayang, tahun ni kita beraya bersama-sama lagi. Dikesempatan ini bb nak minta ampun kalau bb ada buat salah sepanjang perkenalan kita. Halalkan segala-galanya. M0ga Syawal ni akan mengukuhkan lagi ukhwah perhubungan kita. Amin.

Akhir kata, Salam Lebaran, Maaf Zahir & Batin buat Muslimin & Muslimat sekalian ;)

September 2, 2009

Setelah Sekian Lamanya, Aku Muncul Kembali

Setelah sekian lamanya, aku muncul kembali di dunia BLOG ini. Aku akui aku amat sibuk sekali dengan tugasan di pejabat + rutin harian di rumah. Check this out apa yang telah terjadi kat aku sepanjang tempoh itu.
First of all, SALAM RAMADHAN buat muslimin & muslimat sekalian. Alhamdulillah aku telah selamat menunaikan kewajipan hingga ke saat ini (dah puasa yang ke-12 pun) tanpa dugaan2 getir. Cuma ada sehari tu je aku + mak + abah + along tak bangun sahur dek kerana terlalu penat (yeke?). Tuhan Maha Mengetahui. Puasa ni juga aku tak lepaskan peluang untuk belajar memasak. Hahahaha. Umur dah nak masuk 23 tahun tapi masak still terabur lagi. Menu yang dah aku masak untuk santapan aku + family aku + anak angkat orang tua aku + boyfriend aku adalah, jeng jeng jeng. Sambal petai udang galah, Ikan siakap masam manis, Sambal petai ikan bilis, Udang galah lada hitam, Ayam masak kicap, Nasi goreng cina, Telur bungkus & banyak lagilah. Tak tertaip aku. Huhuhuhu. So hari ni aku plan nak masak Sotong goreng tepong, Sayur kailan & Sup bebola ikan. Setakat ni para pengkritik dalam rumah aku tu berpuas hati dengan hidangan aku, sedap katanya (kembang kempis hidung aku dibuatnya). Berani derang komen/kritik, nanti tak ada sapa yang masak baru tau. Cewahhh, ugut pulak.
Oh yer, seiring dengan ketibaan Ramadhan kita juga menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 dengan matlamat 1 MALAYSIA. Dekat sini aku nak komen sikit, bagi akulah 1 MALAYSIA ni dah lama pun dah diadakan/diaplikasikan dari zaman Tun Mahathir lagi. Rakyat sendiri dapat melihat cara pemerintahan/pemikiran Tun. Seorang lagi tokoh yang sering mengamalkan 1 MALAYSIA ini adalah arwah Yasmin Ahmad. Lihat saja semua iklan komersial di kaca tv & filem2 di pawagam atas arahannya, arwah telah menunjukkan sifat 1 MALAYSIA ini di mana semua pelakon layar itu berbilang bangsa & majmuk masyarakatnya. Kesimpulannya konsep 1 MALAYSIA ini bukanlah baru bagi kita, mungkin banyak pembaharuan yang akan digubal dalam konsep ini nanti oleh kepimpinanan PM kita. Walwahhu'alam.
Cuti baru2 ni pun aku banyak habiskan masa aku di rumah. Baju raya or sebarang persiapan raya pun aku tak uruskan lagi. Nanti2 kot. Hehehe. Yang penting sekali aku akan manfaatkan Ramadhan ini dengan sepenuhnya. Buat teman2, SALAM RAMADHAN dari aku. Puasa jangan tak puasa weh~!

August 19, 2009

Thinking

What I am thinking right now is, it is better for me to slowly move out from his life. Guys I’m not crazy to have a special friend like that who already has fiancĂ©. I am here because I’ve my own mission, I want to help him from many side. He has a black history life before this so I came to him to be a good shoulder, to be a good listener & to be a good adviser also. What had happen to my friend is like this, he has a fiancĂ© but she never wants to take care of him, never to think about his heart or his self, never to take any responsibilities together & many more. That is happening to him. So I am trying my best to help him from many sides.

Since I’ve been friend with him, we are sharing same hobbies, sharing our problem together, facing much kind of people, laughing like crazy people, cry like there are no more days for tomorrow & so many things. Frankly, I will goanna miss all that after this.

Why I had decided to move out from him? Because I know he or her still have a chance to rebuild their relationship back. I am happy if he was happy too. I will pray for his life, I will be with him not for being a special one but just being a good friend & colleagues. Be professional. I will scarify for our relationship, InsyaAllah I will be much stronger & better to facing all this. Just take care of yourself & love her as much as you can.

August 18, 2009

Aleeya Safieya





Ternyata lama sungguh aku tak meng'update' blog aku ni. Sibuk ke aku? Entah maybe kurangnya m00d aku utk menterjemahkan apa yang ada dalam kepala otak aku ni. Macam2 yang difikirkan. Macam2 jugalah yang terjadi kepada aku. Dugaan demi dugaan tapi aku tetap sabar untuk menghadapinya. Bak kata Kak Exan "bersabar itu lebih baik walaupun ia amat memeritkan tapi pengakhirannya kita akan dapat nikmatnya juga". Thanks for your encourage sis.

Hujung minggu yang lalu aku ke KL bersama mak. Tujuan utama nak ziarah maktok aku yang demam tak bangun2. Risau jugalah sebabnya sekarang ni macam2 penyakit yang datang & pergi tanpa putus. Alhamdulillah demam maktok makin pulih & dia pun happy dengan kehadiran kami. Selain nak ziarah maktok aku tak lepaskan peluang nak jumpa adik sedara aku yang sangat bijak tu. Wah, makin pintar & banyak celoteh pula, dah macam org tua dia sembang walaupun umur dia baru 3 tahun. Bila dia nampak muka aku, perkara utama yang keluar dari mulut dia "kakak ipa, adik nak kek, nak tiup kek'. Aku pun jawablah 'ok, nati kita pergi beli kek'. 'ok kakak, kakak bestlah' kata Safieya. Hahahaha. Nak tahu tak sebab apa dia asyik mintak kek sebab dia still termimpi lagi chocolate brownies by secret recipe yang aku belikan untuk birthday dia bulan lepas. Kalau boleh tiap2 hari pun dia nak kek, sabar jelah aku.

Semalam aku pergi hantar adik sedara aku yang lagi satu dari Perlis masuk kolej kat Subang Jaya. Seronok dia sebab dapat tajaan biasiswa. Apa pun aku tetap tumpang gembira. Buat adik, "belajar betul2, f0kus, take care & make us proud with you ok'.

Dah setle semua hal kat KL aku pun balik Ip0h & sampai pagi tadi tapi aku kehampaan sebab misi lain aku ke KL untuk jumpa Kak Exan + nak pergi event outdoor kat Batu Caves tapi telefon aku pulak buat hal! Benci aku! Dahlah aku ni spesis susah nak ingat nombor telefon orang. Jadinya berkuburlah hasrat aku tu. Huhuhuhu. "sorry kak, kita jumpa kat ipoh ok".

Last but not least, ni ada aku uploadkan gambar aku dengan Safieya. Daaaaaa :)




August 7, 2009

Farewell Party

Farewell Party ni diadakan untuk Kak Nor di Kenny Rogers Roaster. Hmmmmm, sedih jugak sebab Kak Nor yang paling rapat dengan aku kat office. Untuk Kak Nor, "all the best & hope you will success with your new carrier, last but not least thanks a lot for being my payroll SIFU ". "We will goanna miss you"

August 4, 2009

Kepenatan

Huhhhh. Tak disangka masa yang ditunggu telah tiba. Tugas berat sudah dipikul oleh aku sejak semalam lagi (03082009). Dengan keadaan aku yang masih baru dalam bidang Sumber Manusia ini aku terpaksa menggalas jawatan yang bagi aku amat berat sekali. Bukan berat apa pun tapi bila mengenangkan aku terpaksa ditukar ke bahagian gaji hati aku seringkali terdetik. mampukah aku? InsyaAllah aku akan buktikan pada mereka yang aku juga mampu melaksanakan tugas ini. 350 penyata gaji harus aku siapkan, langsaikan & tunaikan untuk para pekerja ditempat aku pada tiap-tiap bulan tanpa bantuan rakan sejawatan yang lain. Alhamdulillah tempoh percubaan aku pada bulan lepas telah pun berjaya & semua kerja-kerja siap sebelum masa yang ditetapkan. Satu pujian buat diri aku dari pihak atasan. Huhuhuhu. Agak kembang jugalah hidung aku tika itu.

Lain pula halnya dengan semalam, ternyata aku amat penat sekali melayan karenah KETUA aku. Dalam masa yang sama aku perlu handle bahagian training, transport, telephone & sebagainya. Pendek cerita aku ni umpama 10 in 1 kot. Huhhhhhhhhhhh. Hati aku ini hanya mampu mendengus kecil. Semalam aku nekad untuk menamatkan waktu kerja aku tepat pada jam 5.00pm & terus pulang ke rumah bersama tugasan yang harus aku siapkan. (aku baru je dapat tugasan ni semalam, pada hal QA dah bagi kat KETUA aku minggu lepas lagi, so???????, what to do) Bukan aku tak nak buat tugasan ni di pejabat, memandangkan KETUA aku tu akan merungsingkan kepala otak aku ni, lebih baiklah aku bawa tugasan tu semua buat di rumah dalam keadaan santai sambil telinga aku mendengar irama jazz & menghirup secawan kopi putih. Yes, akhirnya aku dapat siapakan semalam juga & tugasan itu telah selamat dihantar ke bahagian QA seawal pagi tadi. Pujian telah diterima dari pihak QA. Kembang lagi hidung aku sebesar hidung badak sumbu. Hahahahaa.

Bila bersembang bab penat ni, ternyata semua orang tak dapat lari dari virus penat ini. Kesimpulannya, jika anda penat, janganlah anda melepaskan kepenatan itu pada orang lain, cuba redakan kepenatan itu. Fokus pada satu-satu kerja & cari jalan penyelesaiannya. Jangan dipendam kepenatan itu, jika mampu luahkannya pada sekeliling anda. Renung-renungkan.

July 27, 2009

Kehilangan permata perfileman moden Malaysia, Yasmin Ahmad


Malaysia telah dikejutkan dengan kematian Pengarah tersohor karya moden Yasmin Ahmad pada malam Sabtu lalu sekitar jam 11.26 malam. Sebagai seorang yang meminati hasil karya beliau aku amatlah terasa sekali dengan pemergiannya itu. Mungkin baik arwah pergi dengan aman & tenang sekali daripada beliau terus menanggung seksa sepanjang komanya itu. Buat keluarga arwah, takziah aku ucapkan. Kita yang masih hidup ini hendaklah menerima semua ketentuan Qada Qadar dari Ilahi. Aku hanya mendoakan moga arwah ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman & moga rohnya dicucuhri Rahmat. Al-Fatihah.


July 22, 2009

Good Morning

Dan hari ini aku sampai awal ke kantor. Al-maklumlah aku ni pergi kerja pun mak aku yang hantarkan, lagi pun kalau mak pakai kereta senang sikit mak nak bawa abah pergi medical check up dan memandangkan juga sakit abah yang tak menentu itulah aku sarankan mak menggunakan kereta untuk bergerak ke mana saja. Aku? Tak mengapa, masih boleh hidup lagi tanpa kereta disisi. Huhuhuhu. InsyaAllah ada rezki lebih bolehlah aku mencari-cari yang lain.

Misi aku hari ini untuk menyiapkan gaji pekerja seramai 341 orang. Aku hanya ada beberapa hari saja lagi untuk menyiapkan semua ni sebelum tiba waktu gentingnya. 30hb aku nak kena submit gaji ke bank dah. 31 hb gaji dah masuk. Hoooraaaaayyyyyyyyyy.

Dalam masa yang sama aku tertekan juga sebab Kak Nor pun dah nak resign hujung bulan ni. Dah 14 tahun dia menabur bakti buat gaji untuk pekerja-pekerja. Sebab apa dia berhenti? Aku tak perlu memburukkan seseorang di sini tapi bagi mereka yang tahu aku cuma dapat cakap yang aku sangat sedih dengan semua ni & aku harap sangat aku akan tabah & cekal menempuh semua dugaan yang Kak Nor pernah hadapi itu. Aku tak takut ke dengan risiko yang aku ambil untuk tumpukan 100% buat payroll? Sudah tentu aku takut tapi disebabkan segelintir jugalah aku masih kekal di sini. Buat Pak Chot thanks sebab selalu bagi kata perangsang kat aku. To my Executive Director, thanks a lots for giving me a chance to handle this, i'll try my best.

Itu saja untuk pagi ini, aku dah nak mulakan misi aku. Have a nice day guys!

July 20, 2009

Geram Tahap Gaban!

Geramnya aku dengan Executive aku ni. Fikir kepala dia je, tak pernah nak fikir kepala aku yang nak setle problem dia yang tak setle lagi sampai sekarang ni. Dah lar dulu kau “pedajal” aku, aku still back up kau dari “ED” lagi tapi last minute bila aku mintak kerjasama dari kau macam ni kau layan aku. Apa yang susah sangatnya? Aku cuma minta resit hotel / debit note untuk aku claim training kau dengan HRDF. Aku kena claim training kau tu sebab boss dah tau yang training tu wajib claim! Itu pun susah sangat ke kau nak bagi kat aku, bukannya aku mintak dokumen peribadi pun, aku mintak dokumen company je. Aku nak resitlah wei! Tolonglah! Banyak lagi benda yang aku nak setle dalam masa terdekat ni. Tolonglah faham! Sakit otak aku dengan kau ni. Tak habis2 kau nak kenakan department aku kenapa ha! Kalau seorang je buat “taik” kau tak payahlah nak babitkan 1 department. Professional la sikit buat kerja. Kau tu dah taraf Senior Executive tau tak. Bukannya kerani “cabok” ke apa! Geram aku! Macam mana aku nak bagi kau faham. Macam inilah kalau aku terus minta dengan pihak sana nanti kau cakap aku pandai2 je tapi ok gak kalau aku terus minta. Kalau dia orang tanya aku, aku jawablah kau yang tak nak bagi. Biar dia orang tau perangai buruk kau tu. Kau nak test aku kan? Sekarang kau rasa balik!

July 13, 2009

Mengapa = Kerna

mengapa aku harus menempuh liku-liku sebegini?
kerna Tuhan Maha Adil & aku beruntung diusia yang sebegini aku bersedia menghadapinya.


mengapa engkau tak pernah fahami is hati aku?
kerna engkau tak pernah bersyukur dengan kurniaan yang diberiNya.


mengapa aku yang sering engkau salahkan?
kerna sikap egois engkau itu yang sering engkau banggakan.


mengapa aku harus korbankan segala-galanya demi engkau?
kerna aku amat menyayangi & mencintai engkau seluruh jiwa ragaku tanpa engkau sedari.


mengapa engkau harus bertopengkan malaikat sedangkan diri engkau umpama syaitan?
kerna itu mungkin sudah menjadi amalan mu.

July 10, 2009

Sitting, Waiting & Wishing


Well I was sitting, waiting, wishing
You believed in superstitions
Then maybe you'd see the signs
The Lord knows that this world is cruel
I ain't the Lord, no I'm just a fool
Learning lovin' somebody don't make them love you
Must I always be waiting, waiting on you
Must I always be playing, playing your fool

I sang your songs
I danced your dance
I gave your friends all a chance
But putting up with them
Wasn't worth never having you

Maybe you've been through this before
But it's my first time so please ignore
The next few lines cause they're directed at you

I can't always be waiting, waiting on you
I can't always be playing, playing your fool

I keep playing your part
But it's not my scene
Want this plot to twist
I've had enough mystery
Keep building it up
Then you shooting me down
But I'm already down
Just wait a minute
Just sitting, waiting
Just wait a minute
Just sitting, waiting

Well, if I was in your position
I'd put down all my ammunition
wonder why'd it take me so long

But the Lord knows that I'm not you
And if I was, I wouldn't be so cruel
Cause waitin' on love ain't so easy to do

Must I always be waiting, waiting on you
Must I always be playing, playing your fool

No, I can't I always keep waiting, waiting on you
I can't always be playing, playing your fool

July 9, 2009

i miss you



and i do always MISS YOU like hell

July 7, 2009

Resam Alam

Aku tak mengerti mengapa ini semua terjadi pada aku. Mengapa aku perlu menghadapi semua ini. Ya Allah, Engkau kuatkanlah imanku ini, tempatkan aku di kalangan hambamu yang penyabar. 22 tahun aku dirundum masalah yang sama. Masalah keluarga yang kucar-kacir ditambah pula dengan perjalanan hidup yang kurang bermaya. Aku redha dengan semua ujian ini. Aku tahu sabar itu tak pernah merugikan aku. Sabar itu jugak mengajar/mendidik aku menjadi insan yang sangat penyabar saban hari. Pinta aku moga semua ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin.
Buat abah, hargailah apa yang telah mak korbankan untuk kita semua, bukan abah seorang yang ada masalah. Semua orang dalam dunia ni ada masalah cuma dapat & tak dapat menanganinya saja. Ada sebab semua ini terjadi. Ada sebab mengapa kita sering diuji. Ini semua terletak pada diri abah. Renungkanlah abah.
Buat mak, terima kasih untuk segala-galanya. Adik sangat2 hargai semua yang telah mak korbankan untuk kite sekeluarga. Mak seorang insan yang sangat penyabar & gigih pernah adik temui. Mak tak pernah merintih kesakitan, mak tak pernah merungut dengan apa yang terjadi kerna mak tahu ini semua resam alam. Mak tahu macam mana untuk menangani semua ini. Mak selalu cakap "kita semua akan merasainya & melaluinya, cuma lambat atau cepat saje".
Along, adik sayang along. Terima kasih sebab along selalu dengar masalah adik & banyak tolong adik menguruskan kewangan adik & juga keluarga kita. Along banyak berkorban untuk keluarga kita. Adik tahu along banyak masalah tapi along tak pernah tunjuk kat kita semua. Sabarlah along. InsyaAllah kita akan lega satu hari nanti. Biarlah orang buat kita tapi ingat jangan sesekali kita kenakan orang kerna kita punya didikan yang cukup dari mak & abah.
D, thanks for being my love. Thanks for being sangat penyabar dgn bb. Please fahami isi hati bb & bb harap dd fahami sesuatu.
For those who always beside me, thanks a lots for being my supporter.

July 4, 2009

Putrajaya Trip

03.07.2009...

My first presentation at Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi Malaysia. 2 jam aku berkata-kata + berentap + menyusun kata untuk menarik minat mereka. Mereka sangat teruja untuk bekerjasama bersama Laraa Management untuk membuat "Team Building" di Pulau Pangkor. Alhamdulillah ini projek pertama Laraa. Terima Kasih diucapkan kerna KPPK memberi sepenuh kepercayaan kepada aku & juga team Laraa. Tak lupa juga untuk Cik Norhayati yang tidak lokek berkongsi pendapat & menyumbangkan idea-idea yang GAHHHH bersama aku. Hopefully semua ini berjalan dengan lancarnya sekali. Laraa juga dalam proses mendaftar di Kementerian Kewangan untuk memudahkan lagi urusan kami bersama pihak kerajaan & agensi-agensi lain di masa akan datang.

Aku juga tidak melepaskan peluang bekerja sambil bercuti bersama si dia. Thanks kerna sudi menemani aku walaupun kau sering dimarahi tetapi kau tetap buat muka "Cool" juga. Hehehe. Once again thanks also for the Escada Perfume yang sungguh harum itu (i'll upload the perfume photo later on). Not to forget thanks to Maktok & Maksu for the dinner. Enak sekali (biasalah mkn free). For Safia, kakak already belanja u chocholate brownies for your birthday.

Working hours pun dah tamat. So, apa tunggu lagi. Jom pulang.

July 1, 2009

Officially...

OFFICIALLY!

30th June 2009...

After having a discussion day by day to choose the suitable name for our company, the decision had been made from all the board members. June 30th, 2009 is the official day of Laraa Management.

The Laraa Management comprised of four (4) extreme professional experts, which is ZULIFFA IZZWANA~eifa~(ADMINISTRAION & FINANCE), ROSIDI HAMID~cd~ (SALES & MARKETING), MOHD NAZRI~jai~(ART & CONCEPT) and lastly MOHD HASROL~ry'oq~ (SERVICES). Having their experience in extreme activities brings them together venturing into Laraa Management. They now stand ready to "MAKE IT HAPPEN" for people out there!

June 29, 2009

akhirnya!

akhirnya...
aku berjaya menyiapkan semua tugasan yang diberi tepat pada waktunya tanpa sebarang kecuaian walaupun dalam keadaan yang agak kelam-kabot+meja terabor+tongkang pecah=kerja aku siap jugak...hahaha:)...syukur-syukur...esok nak cuti s0 aku ambik kesempatan ni jugak nak bereskan semua kerja-kerja aku...
akhirnya...esok hari paling bermakna kot sebab aku nak daftar company sendiri di Suruhanjaya Syarikat Malaysia...company yang akan aku usahakan ni hasil koliberasi antara rakan-rakan aku yang berpengalaman...major business kami ni adalah Event Management...so tunggu saja apa nama untuk company kami ini + logo+design+segale-segale=kejayaan meREALISASIkannya...
akhirnya...
hampir jam 5.00 p.m...masa untuk pulang...masa untuk merehatkan dir...:p

June 25, 2009

my first time

Hi. This is my first time wrote in the blog after “kak exan” always said “buatlah blog, best taw”. After takes s0 much time to think about it, so I’ve been decided to write everything’s in this blog. I love writing & I love everything’s that can remind me to something’s that I like, cares & loves. Let’s check it out about myself!

I’m 22 year old girl who live in Ipoh Perak with my beloved family. I’m the youngest in the family. I’ve one eldest brother which is I call him “Along”. I love my “Babah”, “Mak” & “Along” so much. They are my supporter, my inspiration & everything’s. Just one sentence can describe who they are, “I can’t live without them”. I’ve one special boyfriend in my life. I love him very much. We’ve been couple for almost 3 years & we had done so many things in our relationships. We always fighting like “Kung Fu Hustle” & after that everybody realized their mistakes but for me “ingredients for a beautiful relationship is honestly & trusting each other” It’s so funny to remember all that. Anything’s happen in this world, nothing goanna change my love to him. Talk about friend, I’ve a lots of friends. Boy + girl, many races + many ages. I don’t like people who hypocrites to me. They love to be my friends only when I’m rich but they lift me when I in trouble! Damn! Should they be my FRIENDS? The answer is NO! I don’t like that kind of species in this world.

Talk about favorites. I love to eats variety types of foods but it’s depending to my mood to try & finished all that. Drink? Obviously like ice lemon tea & more important is “Less Sugar”. I don’t like too sweet, its can cause “Diabetics”. I don’t want to be the one who “kena potong kaki”. It’s true what. Everybody in this world have theirs hobbies. Like me, I the one who fanatic into unique, antique & art things to collect & things to do. Some more I like to travel. During travelling I can open my eyes as big as I can to see others cultures, learn more knowledge & gained many experience. It’s not wasting my time but it’s fulfilling my time. Hihihihi. How about my ambition? When I was a young girl I want to be an architect woman, I want to design an established building which is everybody can remember the building forever. The ambition just left like that but I’m still continuing my study in Building Services Engineering. After the graduation day I’ve tried my best to apply so many jobs which related to my major study but I’m not the lucky person to have the jobs in that background. My first job was at The Syuen Hotel Ipoh as Front Office Assistant. I’ve been worked there for only three (3) month only. Second job was at KL Kepong Rubber Products Sdn. Bhd (subsidiary of KL Kepong Holdings). I’m work at Human Resource Department. I’ve gained so much knowledge working here + the people around me always guide me if I’m doing any mistakes. My planning now is I want to continue my study in Human Resource Course as part timer so that I can’t “naik pangkat cepat”

I think its enough until now. To be continued later with my new updates on this blog!